Thursday 17 April 2014

5 PERKARA ASAS MULAKAN BISNES



Salam Sejahtera
Saya nak berkongsi 5 PERKARA ASAS MULAKAN BISNES

Maaf saya bukanlah seorang JUTAWAN nak ceritakan kehebatan diri yang telah memiliki kereta mewah,rumah banglo,kolam renang dan dah ada simpanan 2 juta atau lebih..Memang tak ada semunya tu yang ada hanya sedikit ilmu dan pengalaman yang dapat dikongsikan bersama.

Saya tak kisah walaupun saya belum kecapi apa-apa kejayaan atau kemewahan, kerana saya percaya semua ini adalah dari pemberiannya Allah SWT,mungkin belum sampai masanya dan mana tahu akan datang dengan perkongsian yang sedikit ini ianya bakal mengubah lanskap kehidupan anda siapa tahu,..dan orang pertama yang tersenyum adalah saya,walaupun hidup saya begini,kerana ini semua ketentuan dari dia Allah SWT.

Kebanyakan hari ini orang kita nak lihat dahulu,baru percaya, selagi tak nampak bukti depan mata sukar nak percaya,tak payahlah kita pergi jauh-jauh, kita tengok adik beradik kita,kalau kita nak kongsikan satu perniagaan,dia akan bagi 1001 alasan dan kata apa..... ah..abang buat dululah, kalau abang dah berjaya nanti baru saya 'join'. Tapi bila kita dah berjaya lain pulak alasannya.."awat (bahasa kedah) tak ajak saya join dan 'register' saya dulu,kalau tak saya dah senang dan kaya macam abang...Tapi tak semua adik beradik macam tu sebahagian je...Oklah,kita tolak tepi dulu perkara ni,kita fokus apa yang saya nak kongsi kat sini kalau baik manfaat kanlah..


Apapun saya sekadar ingin berkongsi tidak lebih dari itu.  Saya juga sedia menerima pendapat,komen,pandangan dan apa sahaja khususnya dalam bidang keusahawanan demi kebaikan kita semua.insyallah..

Bagaimana nak Nak Mula Bsines untuk TAMBAH PENDAPATAN KEDUA dari PENDAPATAN PERTAMA.Ramai yang berangan-angan dan merancang nak "NAK BUAT PART TIME” iaitu BERNIAGA.Tapi tak tahu dari mana nak bermula?

Terlebih dahulu saya cadangkan sebelum nak mulakan sebaik-baiknya letakkan MATLAMAT  maksud saya pendapatan tambahan yang anda perlukan untuk sebulan RM500,RM1000.RM2,000 atau lebih lagi?Biarlah relevan...

Tidak perlulah kita meletakkan yang tinggi-tinggi RM10,000.RM20,000,RM50,000 bukan tak boleh tapi untuk peringkat permulaan ni kita letaklah angka yang 'relevan'mengikut kemampuan kita dari segi modal,serta usaha yang kita nak jalankan,nama pun 'part time'

Memang semua tahu 9/10 sumber rezeki adalah BERNIAGA..Sebelum memulakan satu-satu perniagaan lebih baik kita buat semaksah terhadap perkara-perkara di bawah:

1. JENIS PERNIAGAAN (Konvensional atau Networking)
-      2. PRODUK
      3. MODAL
-      4. MASA
-      5. PASARAN
     
-      1. JENIS PERNIAGAAN
Terdapat 2 jenis perniagaan yang anda perlu pilih sebelum memulakan perniagaan samada konvensional secara jualan terus (direct sale)  atau networking.

# Perniagaan Konvensional/ Jualan Terus
Sekiranya anda memilih jenis perniagaan Jualan Terus anda akan mendapat komisyen   dan insentif tahunan dari syarikat .Perniagaan jenis ini tidak perlu mengajak orang ramai untuk turut serta memadai dengan anda seorang sahaja yang menjalankan perniagaan

#Perniagaan 'Networking'(Berangkaian)
Manakala sekiranya anda memilih jenis perniagaan berangkaian/networking  anda akan dapat beberapa keuntungan:

- Komisyen/Untung Runcit
- Bonus Rangkaian
- Bonus Penajaan (bergantung kepada plan pemasaran syarikat)
- Insenstif Tabung Pelancongan,Tabung Kereta,Tabung Rumah (bergantung kepada     plan pemasaran syarikat)

2. PRODUK
Anda perlu memilih produk yang mempunyai sambutan dan keperluan yang tinggi di antara contoh-contoh produk  top hari ini di pasaran seperti produk kesihatan makanan/minuman ,minyak wangi, tudung,baju,seluar,aksesori wanita, beg tangan,jam tangan,peralatan komputer,prabayar, dan bermacam-macam  lagi produk yang boleh dijual.

Saya cadangkan pilih satu produk dahulu untuk peringkat percubaan atau dipanggil ‘Test Market’dan perlu diingat produk pilihan anda itu ianya amat bergantung kepada modal yang anda ada. Perlu diingat produk-produk yang menjadi pilihan dan permintaan ramai,maka saingannya tidak kurang hebat maka ini bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk memasarkan produk dipilih.

3. MODAL
Bila difikirkan MODAL mula masing-masing pegang dahi, tiada bisnes di atas dunia ni yang percuma,semuanya perlukan duit..seperti saya kata,modal tidak perlulah anda terus mengeluarkan jumlah yang besar atau buat pinjaman,pajak sana,pajak sini,gadai sana,gadai sini, takut-takut buat pinjaman nanti lainlah jadinya... bisnes kemana apa kemana. Saya cadangkan sediakan modal permulaan minima dalam lingkungan RM500 ke bawah yang tidak membebankan.

"Berapakah keuntungan yang saya dapat bila saya keluar modal sebanyak ni?" Ini baharu modal permulaan 'Test Market'.Keuntungan bergantung kepada berapa besar rangkaian perniagaan anda,ini pun sekiranya anda memilih perniagaan berangkaian. Sekiranya anda memperolehi keuntungan nanti,anda tambah modal atau buka stokis,sebab bila kita buka stokis dapat lagi satu insentif iaitu 'Komisyen Stokis'

4. MASA
Disebabkan anda membuat 'Part Time' masa anda adalah terhad untuk menjalankan perniagaan jadi saya cadangkan anda membuat perniagaan networking kerana ianya dapat mengembangkan lagi perniagaan anda dengan cepat.  Sekiranya anda ada 
20 orang rakaniaga berada di dalam rangkaian anda dan kita ambil seorang luangkan masa 2 jam untuk 1 hari  jadi anda ada 40 jam untuk memasarkan produk berbanding kalau anda seorang sahaja (2 jam) yang melakukan perniagaan ini

5. PASARAN
Sesuatu perniagaan BERJAYA ia adalah bergantung penuh kepada PEMASARAN yang dijalankan. Pemasaran boleh dilakukan secara Offline atau Online. 

Offline - Bermaksud anda boleh berjumpa sesiapa sahaja untuk memasarkan atau memperkenalkan produk anda samada melalui rakan-rakan pejabat,sahabat handai,kaum keluarga,jiran-jiran,saudara mara dan sesiapa sahaja

Online. - Perniagaan yang dijalankan melalui sistem internet dan yang paling TOP sekarang ni yang ramai pengunjung adalah di facebook. Sebenarnya untuk memasarkan produk-produk di internet bukan begitu mudah dia perlu tahu kaedah dan cara..Bagaimana nak pelajari,anda kena cari sifu-sifu atau yang pakar dalam bidang pemasaran Internet seperti Irfan Khairi,Faisal Abdullah,Sifubads,Zamri Nanyan dan ramai lagi sekadar beberapa nama..Insyallah akan datang di entri lain saya akan kongsikan apa yang saya ada dan tahu untuk pemasaran Offline atau Online. Tapi untuk permulaan ni anda iklankan produk anda  di iklanmudah. secara percuma.


 PULANGAN KEUNTUNGAN

5 perkara di atas adalah asas sahaja sebenarnya banyak lagi yang perlu kita ketahui. Jadi setelah melakukan bisnes ni apa UNTUNGNYA. Ok saya bagi contoh pulangan keuntungan dari bisnes yang kita jalankan dan saya ambil contoh perniagaan berangkaian. 

Contoh : 

Perolehi Untung Runcit
Untung Runcit: sekiranya anda dalam sebulan dapat memasarkan 50 botol (contoh minyak wangi) dan keuntungan runcit atau komisyen untuk 1 produk RM10 (setelah ditolak kos penghantaran) jadi kiraannya RM10 x 50 botol  =RM500.00.

Perolehi Bonus Rangkaian
Kita ambil purata Sekiranya seorang memberi keuntungan sebanyak RM5.00 X 20 orang =RM100 jadi anda akan menerima bonus rangkaian sebanyak RM100  untuk 1 hari dan kita kira sekiranya 30 hari x RM100 = RM3,000 . Mesti ada yang berkata "teori memanglah nampak mudah,semuanya cantikkk"..

Tak pa kalau tak jadi 100%(RM3,000) kalau ia menjadi 15% pun bermakna kita akan perolehi RM450.00 sebulan (bonus rangkaian,tidak termasuk keuntungan runcit anda) 

Itu sekiranya 20 orang dalam rangkaian kita, kalau 200 orang ,maka lebih lagi pulangan keuntungan. 

PENDAPATAN SEBULAN = BONUS RANGKAIAN (RM450) + UNTUNG RUNCIT(RM500.00)=RM 950.00

"Sikitnya untung!!! tak pa biar sikit daripada tiada apa-apa" ini peringkat permulaan bila anda mempunyai rangkaian yang besar insyallah keuntungan anda menjadi lebih besar.Dan yang paling penting anda MAHU dan BERANI mencuba...

Saya tak paksa anda untuk  bises, ini sekadar perkongsian dan sedikit garis panduan yang boleh anda ikuti dan tidak ikut..




No comments:

Post a Comment