Thursday 17 April 2014

5 PERKARA ASAS MULAKAN BISNES



Salam Sejahtera
Saya nak berkongsi 5 PERKARA ASAS MULAKAN BISNES

Maaf saya bukanlah seorang JUTAWAN nak ceritakan kehebatan diri yang telah memiliki kereta mewah,rumah banglo,kolam renang dan dah ada simpanan 2 juta atau lebih..Memang tak ada semunya tu yang ada hanya sedikit ilmu dan pengalaman yang dapat dikongsikan bersama.

Saya tak kisah walaupun saya belum kecapi apa-apa kejayaan atau kemewahan, kerana saya percaya semua ini adalah dari pemberiannya Allah SWT,mungkin belum sampai masanya dan mana tahu akan datang dengan perkongsian yang sedikit ini ianya bakal mengubah lanskap kehidupan anda siapa tahu,..dan orang pertama yang tersenyum adalah saya,walaupun hidup saya begini,kerana ini semua ketentuan dari dia Allah SWT.

Kebanyakan hari ini orang kita nak lihat dahulu,baru percaya, selagi tak nampak bukti depan mata sukar nak percaya,tak payahlah kita pergi jauh-jauh, kita tengok adik beradik kita,kalau kita nak kongsikan satu perniagaan,dia akan bagi 1001 alasan dan kata apa..... ah..abang buat dululah, kalau abang dah berjaya nanti baru saya 'join'. Tapi bila kita dah berjaya lain pulak alasannya.."awat (bahasa kedah) tak ajak saya join dan 'register' saya dulu,kalau tak saya dah senang dan kaya macam abang...Tapi tak semua adik beradik macam tu sebahagian je...Oklah,kita tolak tepi dulu perkara ni,kita fokus apa yang saya nak kongsi kat sini kalau baik manfaat kanlah..

Tuesday 15 April 2014

37 TIPS TINGKATKAN JUALAN ANDA SECARA PERCUMA



Orang berjaya pernah berkata nak berjaya ni kena TIRU bagaimana cara serta kaedah yang dibuat.Jangan ada perasaan MALU dan SEGAN nak belajar nak mencari dan terus mencari.Memang saya tak kenal secara dekat siapa sifubads ni tapi dia ni anak didik salah seorang JUTAWAN INTERNET iaitu Irfan Khairi.Alhamdulilah dia kongsikan secara PERCUMA Panduan atau Tips bagaimana untuk tingkatkan jualan melalui facebook.  Siapa rasa dia perlukan buku ini anda boleh email kat saya, saya pun nak kongsi sama dengan anda apa yang sifubads kongsikan pengalaman beliau kat dalam buku ini. Berminat hantar email anda diruangan disediakan di sebelah kanan

BELUM 'TERLAJAK LARIS 'TAPI 'TERLAJAK SAMBUTAN'




Alhamdulillah baru 1 minggu dilancarkan Buku PAPA Panduan Asas Pengucapan Awam-Vol 1 ianya telah mendapat sambutan amat menggalakkan.Terimakasih kepada rakan-rakan yang telah memiliki ebook ini semoga dengan perkongsian ilmu yang ada di dalamnya dapat membantu menambah nilai diri anda khususnya dalam bidang yang diceburi samada pengacaraan,jualan usahawan,pelajar dan lain-lain lagi. Ada juga yang bertanya Kursus/Bengkel 'Public Speaking'.Insyallah pada masa akan datang kami TOM (Tuahonlinemarketing)akan berusaha untuk menganjurkan satu BENGKEL PENGACARAAN.Insyallah tarikh masa serta lokasinya akan diberitahu kelak.

Sebenarnya impian dan hasrat untuk menulis ebook ini tahun 2010 lagi,namun ketika itu ada komitmen lain dan barangkali belum keizinan Allah SWT maka 2014 alhamdulillah ianya dapat diterbitkan. Kepada mereka yang belum lagi memiliki ebook ini,anda boleh layari KLIK ebook PAPA 

Monday 14 April 2014

BELAJAR TAMBAH JUMLAH 'LIKE' KAT FANFAGE SECARA PERCUMA

gambar ni pun copy kat kawan kita tu terimakasih


Orang kata tak tahu belajar dengan orang yang tahu,tak pandai bersilat cari guru silat,ibarat kalau kita nak buat bisnes burger,kena cari orang yang dah berpengalaman dalam bidang ni..nak bisnes ayam kena cari orang yang buat bisnes ayam dari A-Z.Begitulah dengan aku ni..nak jadi usahawan ONLINE kena lah cari pakar-pakar dalam bidang ni samada berbayar atau free.Tapi cari yang free dulu,kalau dah tak jumpa baru cari yang berbayar dulu.
Alhamdulilah hari ini dapat ilmu bagaimana nak tingkatkan 'LIKE' 

Terimakasih anak muda ni semoga allah memberkati amalan anda untuk berkongsi ilmu ini dengan sesiapa sahaja termasuk saya. Sebenarnya banyak lagi ilmu-ilmu yang saya tidak tahu rupanya,seperti pesan guru saya selagi kita MAHU BELAJAR selagi tu banyak perkara yang kita tidak tahu,dan rasanya jauh ketinggalan dari IM (Internet Marketing) yang ada di Malaysia rata-rata anak-anak muda yang terlibat di dalam bidang ini dan ada di antaranya menjadi SENANG dan KAYA tak kurang jadi JUTAWAN pun ada.

REZEKI DATANG TANPA KITA DUGA




Bukan nak kata diri ini HEBAT yang HEBAT adalah Allah SWT dia yang maha HEBAT segala-galanya kita cuma diberi pinjaman sementara ILMU yang ada untuk berkongsi dan dimanfaatkan kepada sesama manusia.  Alhamdulillah dengan pengalaman dan kemahiran yang ada rupanya ianya boleh mendatangkan sumber rezeki. Tak sangka dan duga ilmu yang dipelajari di dalam bidang pengacaraan sewaktu dahulu amat-amat berguna.Syukur kepada Allah SWT. 

Alhamdulilah sebuah syarikat MLM menjemput untuk Hos di dalam program bulanan di Kulim In pada 12 Apr 2014 yang lalu. Sempat juga melancarkan dan mempromosi ebook PAPA (Panduan Asas Pengucapan Awam-Vol 1).